Sunday, 21 September 2014

Minyak Kelapa Dara Asli



Virgin Coconut Oil Health Benefits explained by Dr Talbot


Minyak Kelapa Dara Asli
KOD : VCOP
Harga - RM 40.00 sahaja
Kos Penghantaran - RM 3.00
Minyak Kelapa Dara bermaksud minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.


Keterangan Minyak Kelapa Dara
Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama dalam hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.
Fat Types and Its %
150g
100%
Saturated
138g
92%
Monounsaturated
9g
6%
Polyunsaturated
3g
2%
Nutrition Fact :
Unit
per150ml
Total Sugar
g
0.0
Carbohydrate
g
0.0
Energy
g
0.0
Protein
g
0.0
Cholesterol
g
0.0
Fat
g
150
Fatty Acid Component %
% w/w
C6
1.35
C8
9.87
C10
7.00
C12
49.81
C14
18.00
C16
6.85
C18
2.36
C18-1
4.30
C18-2
0.53
TIPS PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA
1)
MINUM / AMBIL minyak kelapa dara (MKD) selepas breakfast / sarapan pagi & waktu malam (sebelum tidur) pada jam 10 malam.
2)
KENAPA?? Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit perlahan atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan minyak kelapa dara (MKD) bertindak dan bekerja dalam badan kita.
3)
ELAKKAN pengambilan minyak kelapa dara (MKD) pada waktu tengahari kerana pada masa ini, sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.
4)
ELAKKAN juga pengambilan minyak kelapa dara (MKD) sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku/kurang kerana minyak kelapa dara yang kita minum akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.
5)
NAK KURUS??? Anda sendiri mesti pandai atur atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan minyak kelapa dara akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolisma meningkat. Jika anda rasa selepas pengambilan minyak kelapa dara (MKD), anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak, LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.
6)
PALING PENTING SEKALI... Pastikan anda minum air kosong dengan cukup, sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga sentiasa.
Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara Mengikut Peringkat Umur
Kanak-kanak 5 bulan - 1 tahun : Titiskan sedikit dalam susu formula / susu tepung / mulut bayi
Kanak-kanak 2 ke 6 tahun : Gunakan sebanyak 2 sudu teh setiap pagi dan malam.
Kanak-kanak 7 ke 12 tahun : Gunakan sebanyak 4 sudu teh setiap pagi dan malam.
Untuk Dewasa : Ambil 1 @ 2 sudu makan setiap pagi dan malam.
Ambil selepas makan. Sebaiknya jarakkan sekitar 1/2 jam dari pengambilan makanan.
Bagi mereka yang kali pertama mengambil Minyak Kelapa Dara, mulakan dengan 1 sudu teh dengan setiap hidangan. Sebahagian orang akan mengalami perkumuhan yang lancar untuk beberapa hari.
Bagi mereka yang mengalami citarasa atau perut sensitif pula, boleh dicampur dengan jus buah-buahan, yogurt atau ditambah pada hidangan makanan lain seperti Oat yang dimasak. Dan bagi bayi atau kanak-kanak yang tidak boleh minum minyak kelapa dara, ia boleh di campurkan pada makanan bayi seperti dalam susu formula / susu tepung.
Minyak Kelapa Dara adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu yang mengandung dan semasa penyusuan bayi.
Bahan-bahan
100 % Minyak Kelapa Dara
Berat : 150 ml

Thursday, 18 September 2014

Produk Kesihatan Berasaskan Minyak Kelapa Dara

Assalammualaikum

Salah satu produk kesihatan yang baik dan telah terbukti daripada kajian saintifik ialah Minyak Kelapa Dara.

Jika anda ingin keterangan lanjut berkenaan

1. Khasiat produknya
2. Pelbagai produk berasaskan minyak kelapa dara
3. Peluang perniagaannya - Pendaftaran percuma secara online.
4. Membuat pesanan untuk belian dan sebagainya

Sila klik link berikut




Terima kasih.Semoga Anda Berjaya.Amin !

Mohamed
012-7627149



Wednesday, 27 August 2014

Khasiat Buah Kurma !


Kurma adalah buah yang tumbuh dari pohon palem keluarga Arecaceae dari genus phoenix.  Nama ilmiah kurma adalah dactylifera phoenix. Kurma diyakini berasal dari tanah di sekitar tepi sungai Nil dan Efrat. Sekarang pohon kurma dibudidayakan secara luas di wilayah beriklim hangat di semua benua, termasuk di Afrika, Australia dan Amerika (California).
Kurma segar memiliki daging berserat lembut dan rasanya sangat manis, seperti campuran sirup gula dan madu. Daging buah kurma berisi gula sederhana seperti fruktosa dan dekstrosa yang mudah dicerna dan cepat mengisi ulang energi tubuh. Karena karakteristik tersebut, kurma sangat cocok untuk mengawali berbuka puasa.
Rincian kandungan gizi kurma (per 100 g)
(Sumber: USDA National Nutrient Database)
UnsurNilai giziPersen kecukupan gizi
Energi277 Kkal14%
Karbohidrat74,97 g58%
Protein1,81g3%
Total Lemak0,15 g<1%
Kolesterol0 mg0%
Serat makanan6,7 g18%
Asam Folat15 mcg4%
Niacin1,610 mg10%
Asam pantotenat0,805 mg16%
Piridoksin0,249 mg19%
Riboflavin0,060 mg4.5%
Thiamin0,050 mg4%
Vitamin A149 IU5%
Vitamin C0 mg0%
Vitamin K2,7 mcg2%
Sodium1 mg0%
Potasium696 mg16%
Kalsium64 mg6.5%
Tembaga0,362 mg40%
Besi0,90 mg11%
Magnesium54 mg13%
Mangan0,296 mg13%
Fosfor62 mg9%
Seng0,44 mg4%
Beta karoten89 mcg
Lutein-zeaxanthin23 mcg
Kandungan nutrisi kurma
Kurma memiliki daftar panjang kandungan nutrisi yang bermanfaat bagi tubuh. Tabel di samping menunjukkan kandungan gizi dan unsur non-gizi yang ada pada kurma.
Kurma matang mengandung gula sekitar 80%, sisanya terdiri dari protein, lemak dan produk mineral termasuk tembaga, besi, magnesium dan asam folat.  Kurma kaya dengan serat dan merupakan sumber kalium yang sangat baik.  Lima butir kurma (sekitar 45 gram) mengandung sekitar 115 kalori, hampir semuanya dari karbohidrat.
Khasiat buah kurma
  1. Kaum Arab Badui, yang makan kurma secara teratur, menunjukkan tingkat kejadian yang sangat rendah dari kanker dan penyakit jantung.
  2. Buah kurma kaya serat yang mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus. Kandungan serat kurma juga membantu melindungi selaput lendir usus dengan mengurangi paparan dan mengikat bahan kimia yang menyebabkan kanker usus besar.
  3. Sebagai makanan laksatif (laxative food), kurma bermanfaat melancarkan buang air besar dan mencegah konstipasi.
  4. Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
  5. Kurma adalah sumber vitamin A, yang dikenal memiliki sifat antioksidan dan sangat penting untuk kesehatan mata. Vitamin A juga diperlukan menjaga kulit tetap sehatKonsumsi buah-buahan alami yang kaya akan vitamin A  diketahui membantu melindungi dari kanker paru-paru dan rongga mulut.
  6. Kurma merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Besi adalah komponen dari hemoglobin di dalam sel darah merah yang menentukan daya dukung oksigen darah.
  7. Kalium dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner dan stroke.
  8. Kalsium merupakan mineral penting dalam pembentukan tulang dan gigi, dan dibutuhkan oleh tubuh untuk kontraksi otot, penggumpalan darah dan konduksi impuls saraf.
  9. Mangan digunakan oleh tubuh sebagai unsur pendukung untuk enzim antioksidan superoksida dismutase.
  10. Tembaga diperlukan dalam produksi sel darah merah.
  11. Magnesium sangat penting bagi pertumbuhan tulang.
  12. Kurma kaya akan vitamin K dan vitamin B-kompleks, yaitu  piridoksin (vitamin B-6), niacin, asam pantotenat dan riboflavin. Vitamin ini membantu tubuh dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K sangat penting dalam pembekuan darah  dan metabolisme tulang.

Tuesday, 26 August 2014

Khasiat Buah Delima !


Berikut beberapa khasiat buah delima daripada info Internet dan Blog
Harap diizinkan untuk dikongsi .

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:
Khasiat Buah delima untuk kesihatan
  • Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
  • Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…lamaka
  • Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannyer…..

Saturday, 23 August 2014

Khasiat Madu !


Khasiat Madu Lebah

  


Berikut beberapa khasiat madu dari beberapa sumber di Internet dan Blog-Blog.Semoga berfaedah untuk kita semua.
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata – Titiskan madu lebah dalam mata.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.
Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.